E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
RUKUN NEGARA
NAMA AHLI KUMPULAN:
1) NISA TIHANI BINTI
ZULKIFLI 03DSB20F1002
2) NURFARAH NISA BINTI
IZHAR 03DSB20F1001
3) ANISAH ALI BINTI AJMEL
ALI 03DSB20F1006
4) NUR ARISSA NAZIFA
BINTI AZMI 03DSB20F1007
KELAS: DSB1A
KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOS: DIPLOMA SENIBINA
SESI: JUN 2020
NAMA PENSYARAH: EN MOHD SAAD BIN SAID
JABATAN: KEJURUTERAAN AWAM
PENGENALAN
kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan
Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum
Sultan Zainal
Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara
diperkenalkan berikutan
peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum
di Malaysia.
Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk
perpaduan yang
kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
jelas merupakan
kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan
dan kestabilan
Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-
Bahagian Pertama
Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk:-
• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat,
• Memelihara satu cara hidup demokratik,
• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran
negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama,
• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak
• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden.
Bahagian Kedua
Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-
• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
Definisi
Ejaan asalnya Rukun negara, namun kini ditulis sebagai Rukun
Negara.
Rukun bermaksud dasar, tiang, asas atau sendi. Dalam maksud
lain, rukun
bermakna tenang dan tenteram. Maka amat sesuai frasa Rukun
Negara digunakan
kerana ia adalah dasar asas negara demi mencapai kehidupan
bernegara yang aman
tenteram.
MAKSUD
1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip
penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk
ideologi atau ajaran yang
menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman
komunis tidak akan
mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah
menjadi unsur
penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa
Islam adalah
agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama
lain boleh
diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan
seharusnya dapat
menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh
membangun
“pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat
membina jati diri
yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama
masing-masing
sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya
menggunakan
agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua
kepercayaan agama di
negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama,
sebaliknya
mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman
dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.
2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat
rapat. Ini adalah
kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen
dan Raja
berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan
jelas menyebut
bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara.
Perkara 44 pula
menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen
yang membentuk
Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan
ketaatan kepada Raja dan
Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal
kewarganegaraan di negara ini.
Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat
setia, jujur dan
ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat
negeri
pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja
yang memerintah
negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat
setia kepada Yang di-
Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu
membentuk satu
bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja
adalah “payung
negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru,
institusi raja tidak
boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar
dipolitikkan sama sekali.
Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab dan sanggup
berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan. Pegangan
yang teguh
kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat
seperti berikut:
i. Menghormati harta awam
ii. Menghormati simbol simbol kedaulatan negara
iii. Mematuhi undang - undang
iv. Produktif
v. Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti
sosial, ekonomi dan politik yang
diceburinya.
vi. Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan
masyarakat dan negara.
vii. Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari
sebarang ancaman oleh kuasa luar.
viii. Bersifat altruistik
ix. Mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa
perasaan prejudis dan
perkauman.
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan
Persekutuan. Prinsip
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan
undang-undang
atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan
Malaysia terletak kepada
kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi
sumber dan punca
kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam
Perkara
4(1) Perlembagaan Persekutuan.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan,
kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan
Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang
sama di sisi undang-
undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak
asasi, kebebasan
rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan
yang
dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian
perlembagaan ialah
badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan
sesuatu undang-
undang.Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagai
mana yang
dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu :
a) Konsep raja berperlembagaan.
b) Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam
pembanggunan sosio ekonomi
terjamin.
c) Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping
perkembangan bahasa-
bahasa lain tidak dihalang.
d) Agama islam sebagai agama rasmi disamping kebebasan
beragama diamalkan.
e) Hak asasi rakyat terjamin
f) Hak kerakyatan dan sistem pemeritahan.
4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu
masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru,
kedaulatan undang-
undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang
berjalan dengan
lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat
adalah sama tarafnya
di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi
kaum, gender mahupun
kedudukan (status sosial).Oleh itu, keadilan merupakan
elemen penting dalam
menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam
konteks undang-
undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling
tinggi iaitu
Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang
pula
dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Ini penting bagi
menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.Namun,
kebebasan asasi
tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga
melanggar undang-
undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi
undang-undang
dan Perlembagaan Negara apabila ada pihak yang mahu
menggulingkan kerajaan
sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak
menurut
Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian
kebebasan dan hak
asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan
jelas menyebut
bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan
yang
memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan
personality individu yang seharusnya dibina sejak kecil
lagi. Prinsip ini juga
berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak
masyarakat. Prinsip ini mesti
menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat
sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan
pembangunan
tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan
nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting
dalam konteks
perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum
di negara ini.
Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu
menghormati orang lain
dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan
sensitif
kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya,
bahasa,
kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.Kerajaan
amat prihatin
untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin
dan bermoral
tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dianjurkan kerajaan
adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki
sifa-sifat mulia,
beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan
cintakan kedamaian.
Ia selari dengan prinsip kelima rukun negara itu.
PENGAJARAN
Secara keseluruhan terdapat beberapa pengajaran yang boleh
kita jadikan sebagai
panduan untuk menaikkan semanagat mencintai Rukun Negara.
Antara pengajaran
yang diperolehi ialah :
1. Rakyat Malaysia haruslah ambil iktibar daripada kejadian
rusuhan kaum yang
berlaku pada 13 Mei
1969.
2. Rakyat Malaysia haruslah mengamalkan cara hidup
demokratik supaya dapat
mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran
Negara.
3. Rakyat Malaysia mestilah menerima dan mematuhi peraturan
dan undang-
undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Malaysia.
4. Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk
mengenali antara
satu sama lain.
5. Setiap kaum perlu mempunyai nilai dan budaya tersendiri
serta unik. Justeru,
mana - mana nilai yang positif daripada lain seperti budaaya
bekerja dan budaya
perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum
yang laun berjaya.
Nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di
negara ini telah
menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk
tatapan generasi
akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada
negara luar.
PENUTUP
Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal
cohesion’ atau kuasa
dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat
patriotisme di kalangan
rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara itu masih
releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat.
Apa yang perlu ialah
penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali
melalui gagasan
1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.
SUMBER
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/702546/penghayatan-rukun-negara-mesti-disebar-luas
http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-rukun-negara.html?m=1
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my



ok tahniah kerana berjaya membuat tugasan ini
ReplyDeleteterbaik penghasilan blog ini.
ReplyDelete