Thursday, 1 October 2020

E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN





RUKUN NEGARA

 

NAMA AHLI KUMPULAN:

1) NISA TIHANI BINTI ZULKIFLI  03DSB20F1002

2) NURFARAH NISA BINTI IZHAR  03DSB20F1001

3) ANISAH ALI BINTI AJMEL ALI  03DSB20F1006

4) NUR ARISSA NAZIFA BINTI AZMI  03DSB20F1007

 KELAS: DSB1A

 KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 KOS: DIPLOMA SENIBINA

 SESI: JUN 2020

 NAMA PENSYARAH: EN  MOHD SAAD BIN SAID

 JABATAN: KEJURUTERAAN AWAM



PENGENALAN



 Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun

kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan  

Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal

Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan

peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang

kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan

kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan

Malaysia. Rukun Negara terbahagi kepada dua bahagian:-

 

Bahagian Pertama

 

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu dibentuk:-

• Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,

• Memelihara satu cara hidup demokratik,

• Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara

adil dan saksama,

• Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak

• Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

 

Bahagian Kedua

 

Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:-

• Kepercayaan Kepada Tuhan

• Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan

• Kedaulatan Undang-undang

• Kesopanan dan Kesusilaan

 

 

Definisi

 

Ejaan asalnya Rukun negara, namun kini ditulis sebagai Rukun Negara.

Rukun bermaksud dasar, tiang, asas atau sendi. Dalam maksud lain, rukun

bermakna tenang dan tenteram. Maka amat sesuai frasa Rukun Negara digunakan

kerana ia adalah dasar asas negara demi mencapai kehidupan bernegara yang aman

tenteram.

 

MAKSUD


LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA

 

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN





Prinsip ini menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip

penting kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang

menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman komunis tidak akan

mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah menjadi unsur

penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menetapkan bahawa Islam adalah

agama rasmi Persekutuan dan kepercayaan atau agama-agama lain boleh

diamalkan dengan bebas. Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat

menerapkan kepercayaan beragama secara positif yang boleh membangun

“pemikiran luhur” dalam hubungan pelbagai kaum serta dapat membina jati diri

yang padu. Setiap penganut agama sewajarnya menjadikan agama masing-masing

sebagai asas membina keharmonian dan perpaduan, bukannya menggunakan

agama sebagai alat mencipta permusuhan. Justeru, semua kepercayaan agama di

negara ini harus menolak sebarang bentuk ekstremisme agama, sebaliknya

mengamalkan fahaman kesederhanaan yang dapat menyubur sikap persefahaman

dan bertolak ansur atau saling bertoleransi.

 



2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat. Ini adalah

kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja

berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut

bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula

menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk

Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan

Negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini.

Setiap warganegara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan

ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan negara. Di peringkat negeri

pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah

negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-

Pertuan Agong. Penghayatan terhadap prinsip kedua mampu membentuk satu

bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu padu kerana Raja adalah “payung

negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara ini. Justeru, institusi raja tidak

boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup

berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan. Pegangan yang teguh

kepada prinsip ini dipercayai dapat melahirkan rakyat seperti berikut:

 

i. Menghormati harta awam

ii. Menghormati simbol simbol kedaulatan negara

iii. Mematuhi undang - undang

iv. Produktif

v. Berusaha meningkatkan nama baik negara melalui aktiviti sosial, ekonomi dan politik yang

diceburinya.

vi. Sanggup menyumbang masa dan tenaga untuk pembangunan masyarakat dan negara.

vii. Setia, sanggup dan berani mempertahankan negara dari sebarang ancaman oleh kuasa luar.

viii. Bersifat altruistik

ix. Mengutamakan kebaikan masyarakat dan negara tanpa perasaan prejudis dan

perkauman.









 3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN



Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip

Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang

atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada

kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca

kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara

 

4(1) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama,

kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-

undang. Justeru, perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan

rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang

dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah

badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-

undang.Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagai mana yang

dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu :

a) Konsep raja berperlembagaan.

b) Kedudukan kaum bumiputera dan bukan bumiputera dalam pembanggunan sosio ekonomi

terjamin.

c) Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan disamping perkembangan bahasa-

bahasa lain tidak dihalang.

d) Agama islam sebagai agama rasmi disamping kebebasan beragama diamalkan.

e) Hak asasi rakyat terjamin

f) Hak kerakyatan dan sistem pemeritahan.

 

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu

masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan undang-

undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan dengan

lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya

di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun

kedudukan (status sosial).Oleh itu, keadilan merupakan elemen penting dalam

menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-

undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag paling tinggi iaitu

Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula

dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi

menjamin kebebasan asasi semua warganegara Malaysia.Namun, kebebasan asasi

tidak bermakna kita bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-

undang dan Perlembagaan Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang

dan Perlembagaan Negara apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan

sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut

Perlembagaan kerana ia bukan termasuk dalam pengertaian kebebasan dan hak

asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut

bahawa undang-undang menentang perbuatan subversif, tindakan yang

memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.

 

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN







Prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan

personality individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga

berkait rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti

menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa

terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan

tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks

perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dalam konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain

dengan mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif

kepada sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa,

kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.Kerajaan amat prihatin

untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin dan bermoral

tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dianjurkan kerajaan

adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifa-sifat mulia,

beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian.

Ia selari dengan prinsip kelima rukun negara itu.











PENGAJARAN

 

Secara keseluruhan terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan sebagai

panduan untuk menaikkan semanagat mencintai Rukun Negara. Antara pengajaran

yang diperolehi ialah :

1. Rakyat Malaysia haruslah ambil iktibar daripada kejadian rusuhan kaum yang

  berlaku pada 13 Mei 1969.

2. Rakyat Malaysia haruslah mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat

mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara.

3. Rakyat Malaysia mestilah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-

undang yang dikuatkuasakan sebagai amalan hidup Malaysia.

4. Semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali antara

satu sama lain.

5. Setiap kaum perlu mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik. Justeru,

mana - mana nilai yang positif daripada lain seperti budaaya bekerja dan budaya

perniagaan orang Cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang laun berjaya.

Nilai hasil daripada kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara ini telah

menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk tatapan generasi

akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara luar.

 

PENUTUP

Kesimpulannya, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal cohesion’ atau kuasa

dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan semangat patriotisme di kalangan

rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara itu masih

releven untuk membentuk jati diri dan keperibadian rakyat. Apa yang perlu ialah

penghayatan terhadap Rukun Negara mesti disemarakkan kembali melalui gagasan

1Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan.


SUMBER


https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/06/702546/penghayatan-rukun-negara-mesti-disebar-luas

http://kumpulanduapunya.blogspot.com/2014/10/lima-prinsip-rukun-negara.html?m=1

https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30110?language=my

https://youtu.be/st2Tr3d54ak



2 comments:

E-FOLIO PENGHAYATAN  ETIKA DAN PERADABAN RUKUN NEGARA   NAMA AHLI KUMPULAN: 1) NISA TIHANI BINTI ZULKIFLI  03DSB20F1002 2) NURFARAH NISA B...